Piagam ASEAN
Piagam ASEAN

Piagam ASEAN

Piagam ASEAN ialah perlembagaan yang diterima oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Cadangan menggubal perlembagaan ini secara rasminya dikemukakan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 pada Disember 2005 di Kuala Lumpur, Malaysia. Sepuluh pemimpin negara ASEAN, iaitu setiap seorang dari sebuah negara anggota, membentuk ASEAN Eminent Persons Group lalu ditugaskan mengemukakan cadangan untuk penggubalan piagam ini. Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-12 di Cebu, Filipina, diumumkanlah sebilangan usul asas. Oleh itu, para pemimpin ASEAN telah bersepakat agar mendirikan "pasukan petugas peringkat tinggi untuk penggubalan Piagam ASEAN" yang terdiri daripada 10 orang pegawai kerajaan berpangkat tinggi dari sepuluh negara anggota. Pasukan tersebut kemudiannya mengadakan 13 mesyuarat sepanjang tahun 2007. Antara usul-usul yang dikemukakan termasuk pemansuhan dasar tidak campur tangan yang menjadi penting kepada pertubuhan serantau ini semenjak dibentuk pada tahun 1960-an, dan mendirikan sebuah badan hak asasi manusia.Piagam ini diterima guna di Sidang Kemuncak ke-13 pada bulan November 2007.[1]

Piagam ASEAN

Bahasa Inggeris
Pihak 10 (Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam)
Penandatangan 10
Pemegang simpanan Ketua Setiausaha ASEAN
Syarat ratifikasi oleh semua negara
Berkuat kuasa Disember 2008
Ditandatangani 20 November 2007 (2007-11-20) di Singapura

Rujukan

WikiPedia: Piagam ASEAN http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,25197... http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM... http://www.iht.com/articles/ap/2008/12/15/asia/AS-... http://www.nationmultimedia.com/2008/09/18/nationa... http://in.reuters.com/article/worldNews/idINIndia-... http://news.xinhuanet.com/english/2007-11/22/conte... http://news.xinhuanet.com/english/2008-02/26/conte... http://news.xinhuanet.com/english/2008-10/21/conte... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news.php?id=3... http://web.archive.org/web/20081218150438/http://w...